BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 21, 2011

Jangan la Kedekut sgt kalo psal ilmu oiiii

Jangan la Kedekut sgt kalo psal ilmu oiiii 

Bagaimana hendak memahirkan suatu perkara dengan cepat? Biasanya untuk mahir sesuatu perkara dengan cepat adalah melalui seminar. Tetapi kos untuk menghadirinya seminar tersebut biasanya mahal.
Salah satu tips lain adalah dengan mengajak pakar atau kawan anda yang berjaya dalam bidang tersebut untuk berjumpa. Belanja dia makan tengah hari. Tips ini diberi dan dikongsi oleh Robert Kiyosaki. Katanya kaedah paling cepat untuk mahir dalam sesuatu bidang adalah ajak pakar tersebut makan atau minum. 
Mereka sememangnya tidak kedekut untuk berkongsi ilmu. Lagipun itu merupakan tajuk kegemaran mereka. Lebih-lebih lagi dapat berjumpa dengan orang lain yang mempunyai kegemaran yang sama. Sudah tentu mereka lagi bersemangat  untuk berkongsi.
"Cari seorang yang pernah melakukan apa yang mahu anda lakukan. Belanja dia makan tengah hari. Minta petua atau sedikit maklumat daripadanya tentang perniagaan." Robert Kiyosaki
Jika anda ingin mahir dalam dunia saham. Carilah pakar yang mahir dalam bidang tersebut yang boleh diajar keluar. Seseorang yang telah berjaya menjana keuntungan seperti yang anda inginkan. Saya pasti kefahaman tentang saham dan perspektif anda tentang pelaburan ini turut berubah.
"Owh tak sangka ya dengan bermain saham sahaja boleh jadi jutawan."
Begitu juga dengan jika anda ingin melabur dalam hartanah. Ajaklah kenalan yang sudah berjaya dalam bidang ini. Saya pasti mereka tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan anda. Itu sememangnya kegemaran mereka. Mereka tidak kedekut.
" Wah. Rupanya tanpa modal juga kita boleh memiliki hartanah."
'Lepak' dengan cara ini telah membantu Robert berjaya dalam kewangan. Mengapa tidak kita ikut sahaja tips beliau. Tidak kira dalam bidang apa pun. Hatta dalam bidang pembelajaran. Tips belajar dan lain-lain.
Tentu ramai berkata, "Alamak kena belanja ni."
Hai! Kos RM1.50 untuk secawan milo ais. Tambah makanannya yang dipesan adalah nasi goreng daging merah yang berharga RM4.50. Jumlah keseluruhannya RM6.00. Memang banyak.
Fikirkan ianya semula. Apa salahnya mengeluarkan RM6.00 untuk mendapatkan sekolompok ilmu? Ilmu tersebut lebih bernilai daripada RM6.00. Ilmu yang akan membantu anda lebih berjaya. Jadi siapakah yang untung?
*Ini seakan-akan sama dengan lepak. Tetapi ia berbeza dengan 'lepak' yang sebenar. Lepak yang sebenar anda berbual kosong dan tidak bertujuan. Tetapi lepak yang sedang dibuat oleh anda sekarang ini adalah 'lepak ilmuan'!
Selamat beramal!

Monday, March 7, 2011

hanpa taw maksud kerek????

Assalamualaikum.. Nampaknya blog saya telah kembali stabil.. Rupa-rupanya ada sedikit masalah teknikal.. Terima kasih kepada member saya panjang&saqif&dan dll.... yang memberikan penjelasan dan tak lupa juga kepada faizul . Minta maaflah sebab banyak tanya ye.. He he he.. Saya memang camtu..  Okaylah sebelum saya jauh entah ke mana baik saya terus bercerita pasal apa yang ingin dinyatakan di sini… Adakah anda tahu apa makna kerek?? Saya tak pasti samada perkataan ini ada atau tidak dalam kamus dewan.. Tapi saya percaya ramai yang memahami maknanya.. Tak mengapa jika anda tidak faham kerana saya akan menerangkan sedikit sebanyak apa yang dimaksudkan dengan perkataan ‘kerek’. Sebenarnya perkataan ini adalah bahasa slanga yang biasanya digunakan bagi mengambarkan sombongnya seseorang itu… Sebagai contoh si S ni bangga dengan kecantikannya dan tidak mahu bercampur dengan orang-orang yang dianggap tidak sepadan dengannya.. Dan orang lain akan mengelarkan si S sebagai budak ‘kerek’ yakni seorang yang sombong… Hm harap-harap anda semua telah memahami sedikit sebanyak tentang perkataan tersebut… Chewah dah macam cikgu pula si Zool ni…  Okay sudah dengan maknanya.. Jadi kita bincangkan tentang prestasi mereka yang kerek… He he he.. Kebiasannya mereka yang kerek ini bersifat :-  a ) Suka menonjolkan diri secara berlebihan.. Kebanyakan mereka suka mencari cara untuk diberi perhatian dan menyebabkan orang di sekeliling meluat dengannya.. Wek.. b) Suka bercakap besar walaupun kadang-kadang hasilnya tak seberapa… c ) Suka berlagak-lagak dengan kelebihan yang dimiliki.. d ) Bahasa badan yang menunjukkan sikap kereknya.. Huhuhuhu.. Tak paham ??? Contoh macam berjalan sambil secara berlagak… Camne nak terangkan ye… Paham2 sendirilah  Rasanya setakat ini sahaja idea tentang kerek yang dapat ditulis pada hari ini.. Dah blank takde idea ni.. Bagaimana dengan pandangan anda?? Adakah anda pernah berjumpa dengan mereka yang kerek ni atau anda sering dalam golongan ini?? Jom bincangkan perkara ini sambil minum sirap limau…

Plant vs Zombie wuaahaa

Watch this video... wuaahhaa
Plants vs. Zombies is a tower defense video game developed and originally published by PopCap Games for Microsoft Windows and Mac OS X. The game involves a homeowner using many varieties of plants to repel an army of zombies. It was first released on May 5, 2009 and made available on Steam on the same day.[3][8] A version for the iOS was released in February 2010, and an HD version for the iPad.[9] An extended Xbox Live Arcade version introducing new gameplay modes and features was released on September 8, 2010.[6] PopCap has released a Nintendo DS version on January 18, 2011, that features content unique to the platform.[10] The PlayStation 3 version was released in February 2011. Furthermore, both the original Windows and Mac version of the game have been re-released with additional content in a Game of the Year version. The game received a positive response from critics, and was nominated for multiple Interactive Achievement Awards, alongside receiving praise for its musical score.